Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kita masih diberi peluang untuk menginsafi diri serta perbaiki diri kearah yang lebih baik. Sejenak berbuat dosa, cepat-cepat lah kita berpaling daripada dosa serta bertaubat. Inni Akhafullah! Sesungguhnya aku takutkan Allah!
Selawat serta salam kepada cinta hati kita Nabi Muhammad S.A.W, yang sangat-sangat mencintai kita(umatnya) sepenuh hati sehingga saat baginda hendak wafat pun baginda terus menerus memikirkan bagaimana nasib umat akhir zaman. Moga kita terus kuat dan istiqamah serta istimrar dalam melaksanakan sunnah Rasulullah yang ada keberkatan serta kejayaan.
InsyaAllah, pada hari ini, sekejap sahaja ingin mengingatkan diri serta mungkin input yang berguna kepada sahabat2 diluar sana.
Pertama sekali, ingin mengajak kepada semua agar kita menjadi seorang yang bermanfaat kepada orang lain. Jangan pernah putus pembaktian kita kepada orang lain, khususnya kedua ibu bapa kita, kaum kerabat kita, guru2 serta pensyarah2 kita, sahabat handai dan binatang2 serta tumbuh-tumbuhan :)
Jadilah orang yang bermanfaat. Memudahkan kerja orang lain dan bukan jadi seperti pepatah Melayu, 'mendukung biawak hidup'.
Kedua, kehidupan didunia tak lah mudah. Biasalah ranjau onak duri. Sebenarnya nak ingatkan kat diri ni sebab tengah sedih. Dah 4 kali slama 4 hari g kedai Mee Kari ulang alik sebab aritu tertinggal kad matriks dan beg Lenovo. Takde pape yang valuable pun dalam tu cuma siapa tak sayang kad matrks dia kan? :/
Moga diri ini sabar serta ucapkan isti'azah selalu. Orang yang sabar, orang yang menang!
Moga bermanfaat kepada diri.
Maafkan salah dan silap serta doakan kebaikan kita bersama.
Moga berjumpa di lain lembaran.
Assalamualaikum. Spread the L.O.V.E :)
